Wednesday, October 12, 2011

Save Sarawak,Save Malaysia

Pada Jumaat yang lepas(16 September 2011), DAPSY telah menganjurkan Forum "Save Sarawak, Save Malaysia" dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak(DPPNS) & Angkatan Muda Keadilan(AMK) di Hotel Grand Continental,Kuching bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia.


Antara ahli panel yang turut menjayakan forum tersebut adalah Zairil Khir Johari(Setiausaha Politik Menteri Besar Pulau Pinang), Arif (Bendahari AMK Negeri Sarawak) manakala DPPNS telah diwakili oleh Syamsul Bahrie (Penolong Setiausaha DPPNS).

Dari kiri : Awang Saifeluddin(DAPSY), Zairil Khir Johari(DAP), Syamsul Bahrie(DPPNS),(AMK)

Saudara Syamsul Bahrie mewakili DPPNS membentangkan hujahnya
Antara perkara yang disentuh oleh Saudara Syamsul semasa forum adalah pengurusan hasil negeri Sarawak, pengurusan projek, penyelewangan serta pemikiran rakyat Sarawak. Keempat-empat poin yang dibentangkan ini bersangkut paut dan dirungkai satu persatu kenapa Sarawak perlu diselamatkan dari ketirisan urus tadbir yang diperintah oleh rejim BN/PBB.



Moga-moga titik pertemuan dan penganjuran forum "Save Sarawak,Save Malaysia" anjuran ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat ini membuahkan kemenangan buat rakyat pada PRU13 yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Wednesday, August 11, 2010

Bilamana Pas Perlukan Pegislahan Pada Corak Pemikiran



PAS wajar mempopularkan pemikiran-pemikiran yang lebih baru sekiranya parti itu mahu merealisasikan satu komuniti Islam yang kuat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.


Rasulullah s.a.w sendiri sebenarnya melakukan 'rancangan jangkauan panjang' atau long range planning kalau dilihat pada ekspedisi Hijrah ar-Rasul ke Yathrib (Madinah). "Inilah ilmu pemikiran strategik yang Rasulullah s.a.w. tinggal pada kita di mana ekspedisi hijrah ke Madinah itu adalah long range planning, satu persiapan untuk melengkapkan persiapan yang lain, iaitu pembukaan Kota Makkah,"



Kerangka dinamik itu sudah tentu menuntut PAS mempunyai 'pendekatan bertahap' (step by step approach) yang tersendiri.


"Persiapan masyarakat sivil Madinah sendiri menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengiktiraf kerakyatan orang-orang Aus dan Khazraj sebelum wujud masyarakat Ansar di samping Muhajirin yang datang dari Makkah.


"PAS perlu berani dekati masyarakat bukan Islam serta perkasakan sokongan yang sedia ada di kalangan orang-orang bukan Melayu sejak tsunami politik dua tahun lalu,"


PAS sepatutnya tidak perlu takut dengan tohmahan Umno yang kononnya PAS bakal menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR sekiranya terus bersama Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak.



"Buat apa kita takut dengan tohmahan pemimpin tertentu dalam Umno, mereka tidak sedar bahawa Rasulullah s.a.w. sendiri bersedia memeterai perjanjian politik dengan tiga kaum Yahudi serta Majusi untuk menghadapi kezaliman pemimpin-pemimpin Arab di Makkah yang akhirnya membawa pada penubuhan negara Madinah yang cukup moden dan kuat,"



PAS juga wajar meluaskan hubungan tidak langsung dengan kaum profesional supaya cara berfikir kepemimpinan PAS senantiasa ajaib dan di luar kotak.


"Untuk memenangi Peperangan Khandaq, cadangan golongan profesional seperti Salman al-Farisi gali parit sebagai benteng pertahanan yang cukup ajaib sendiri akhirnya diterima Rasulullah s.a.w.



"Untuk pilihan raya umum depan, PAS tidak boleh lagi menggunakan strategi-strategi lalu, kena ada sesuatu yang saya anggap thinking outside the box,"



Dengan konsep berfikir di luar kotak, mampu membuntukan serta melemahkan serangan Umno ke atas PAS dan Pakatan Rakyat di samping memecahkan muafakat politik dalaman BN pada pilihan raya umum depan.



Dari segi yang lain, PAS mesti dilihat menguasai ilmu pemikiran literal supaya rakyat lebih yakin dengan kepemimpinan PAS berbanding Umno.

"Kalau dahulu, Khalifah Umar al-Khattab mengambil langkah inovatif berijtihad solat tarawih dari 8 rakaat pada 20 rakaat berjamaah, masyarakat kita sekarang popularkan pula budaya tazkirah, takkan PAS mahu dilihat tidak mahu dilihat berfikir lebih literal dalam urusan agama, dalam pentadbiran negara lebih dari itu.


"Apa yang penting yang nak saya ketengahkan bukannya jumlah rakaat solat tarawih tetapi ialah lateral thinking yang dibawa oleh seorang khalifah,"

DiPetik dari-Blog gemasuara.blogspot.com

Monday, February 1, 2010

Pilihan Raya Dun Sarawak dah nak dekat ke??



Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa sejak kebelakangan ini ramai pemimpin UMNO/BN pusat sering kali turun ke serawak,dengan membawa seribu kemanisan janji untuk di taburkan kepada rakyat sarawak umumnya,khasnya masyrakat perdalaman. Tapi aku yakin kemanisan yang di bawa akan menjadi racun untuk mereka sendiri bila mana corak atau rentak pemikiran rakyat serawak mula berubah mengikut arus perjalanan tsunami politik yang di bawa dari PRU ke 12 lepas,hanya mungkin golongan lanjut usia yang akan terus bersama mereka,tapi aku tidak menafikan bila mana golongan lanjut usia pun telah muak dengan BN yang ada di sarawak ini. gong telah di palu,PR di sarawak harus peka dengan keadaan sekarang.. Dan BN di sarawak jangan beranggapan bahawa anda berada dalam zon selesa sekarang. sebab pemikiran rakyat tidak dapat di ikat dengan janji semata-mata ,mereka mula menilai fakta yang di mainkan oleh media dengan mata hati. laporan media yang agak bias mula menyedarkan rakyat mana betul atau salah. Aku harap pilihan raya Dun kali ini akan menyaksikan sekurang-kurangnya ada wakil dari PAS yang akan duduk di dalam dun sarawak yang tersegam indah. Moga dengan satu kawasan dengan seorang wakil rakyat di kalangan Pas yang menang dapat merombak apa yang di namakan dengan PERSEPSI yang mana PAS adalah untuk orang islam oleh kaum lain yang ada di sarawak,dapat di pecahkan tembok penghalang itu dengan corak kepimpinan dan akhlak yang di tunjukan. Insya ALLAH.

Minat Belajar bahasa Al-Quran???

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Kuching akan mengadakan kelas Bahasa Arab kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Kelas untuk murid sekolah rendah akan diadakan pada setiap hari Ahad mulai pukul 7.30 hingga 9.30 malam. Kelas pertama akan bermula pada 7 Februari 2010. Manakala kelas untuk pelajar sekolah menengah akan diadakan pada setiap hari Isnin mulai pukul 7.30 hingga 9.30 malam. Kelas pertama akan bermula pada 1 Februari 2010. Yuran pendaftaran sejumlah RM10 dan yuran bulanan sejumlah RM15 dikenakan kepada peserta. Sila daftar segera.Tempat adalah terhad. Berminat sila hubungi @ sms ke no 013-3789411(Ust Afnan Faiz Ridzuan).

Wednesday, January 20, 2010

Islam itu indah...


Daulat Tuanku!! Inilah saat2 paling bersejarah di Malaysia, bila Pemangku Sultan Kelantan sendiri imamkan solat Hajat. Berkat kempimpinan Islam yg ada skrg. Bila islam mula di fahami dan hati-hati insan yang bernama hamba mula tertarik dengan Nur yang di bawa tiada yang mustahil. Corak Pimpinan yang di gambarkan Tg Nik Abdul Aziz banyak merombak suasana di kelantan. Sifat dan ahlak yang di tunjukan beliau boleh melenturkan jiwa yang keras. Aku sungguh kagum dengan corak pimpinan beliau, Kalau satu abad dulu Sultan Muhammad Al-Fateh hebat dengan kepimpinannya. begitu juga dengan Tg Nik Abdul Aziz di era kepimpinan beliau di kelantan sekarang banyak perubahaan yang telah beliau bawa di bumi bertuah kelantan. Aku mendoakan agar keadaan ini akan terus dapat di lihat di bumi kelantan dan islam terus subur di bumi kelantan untuk menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain.

Thursday, January 7, 2010

Berdialog satu pendekatan yang bijak..

Isu Kalimah Allah : DPPP Sedia Berdialog Dengan Ketua Paderi

Dewan Pemuda Pas Pusat sedia berdialog dan berbincang dengan ketua paderi roman katolik Kuala Lumpur sebagai usaha menjelaskan isu sebenar berhubung penggunaan kalimah Allah dalam akhbar The Herald.

Ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, penjelasan dan perbincangan adalah penting sebagai memperbaiki segala salah faham yang berlaku pada hari ini.

Menurutnya, peranan dan tanggungjawab Dewan Pemuda Pas untuk menjelaskan kedudukan isu adalah penting supaya keadaan tidak bertambah buruk.

“Itu memang sikap kitalah. Kita akan memberikan penjelasan dan kita akan berikan hujah bagi melihat kedudukan sebenar isu ini dan kita akan melihat apa sebenarnya tindakan mereka, apa sebenarnya tujuan mereka, apa maksud mereka, apa motif mereka,” katanya.

Nasrudin berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas tentang pertemuannya bersama Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, tidak lama lagi.

Menurutnya, dalam perbincangan itu nanti Dewan Pemuda Pas akan menyatakan sikap umat Islam serta prinsip-prinsip Islam terhadap isu ini.

Walau bagaimanapun, tarikh serta tempat pertemuan itu masih belum ditetapkan dan bergantung kepada kelapangan pihak paderi terlibat.

“Itu kita belum putuskan lagi dan kita cadang akan adakan buat di pejabat Tan Sri Murphy sendiri. Kita dah hantar surat dan masih menunggu respon daripada pihak mereka. Kita juga masih belum menetapkan tarikh dan terbuka kepada pihak mereka pada bila-bila masa sahaja,” katanya. – FANSURINA ABDULLAH (TVS)


P/s- Secara dasar agak bijak pendekatan DPPP dalam isu Pengunaan kalimah Allah,dimana pendekatan berdialog adalah jalan yang bijak dari sudut penerangan dan pemahaman kepada non-muslim.. cara ini telah lama di praktik oleh Shiekh Ahmed Deedat sejak awal dulu lagi. dimana ia berkesan dan membawa impak yang besar pada perkembangan islam di zaman beliau. kebijaksanaan beliau dalam m'gupas tiap2 isu yang di bangkitkan dengan cara hikmah mampu memetik hati-hati yang mendengar dan sekaligus memahami apa yang di sampaikan beliau... DPPP perlu bijak dalam berhujah. jangan sesekali dailog itu nanti di manipulasikan oleh dorongan semangat dan perasaan. biar ianya berjalan dengan iringan akal dan menjaga etika pemikiran. semoga usaha DPPP mampu membawa impak yang besar pada perubahan pendekatan yang diambil.

Saturday, November 21, 2009

Worlview Islam.........

Seminar Sehari Pandangan Alam Islam (Worldview Islam) dan Syarahan Perdana Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas




Tarikh: Ahad, 13 Disember, 2009
Masa: 8:15am - 11:15pm
Tempat: Institut Integriti Malaysia, Jalan Duta


PENDAHULUAN

Dalam menghadapi kegentingan masalah masyarakat Islam dalam pelbagai bidang dewasa ini, satu usaha yang terencana dan teliti bagi merungkai masalah tersebut amat diperlukan. Oleh sebab itu, segala penyelesaian yang ingin dilakukan haruslah bermula dengan usaha memperbetulkan cara berfikir masyarakat Islam terutama yang berhubung dengan unsur-unsur penting yang membentuk alam pemikiran mereka. Bertitik tolak dari kesedaran tentang pentingnya usaha tersebut satu seminar sehari pengukuhan Pandangan Alam Islam akan dianjurkan oleh Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia.


OBJEKTIF

1. Menekankan keutamaan Pandangan Alam Islam dalam kerangka berfikir masyarakat Islam.
2. Memantapkan kefahaman masyarakat, khasnya generasi muda, tentang Pandangan Alam Islam yang sebenar.
3. Menghuraikan unsur-unsur penting dalam Pandangan Alam Islam.


PENGANJUR

Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Dengan kerjasama,
Institut Integriti Malaysia (IIM)
PESERTA


Sasaran penyertaan sebanyak 200 orang (bagi Seminar) dan 500 orang (bagi Syarahan Perdana) daripada kalangan ahli akademik, ahli profesional, pelajar dan orang awam.


YURAN

Yuran Seminar dan Syarahan Perdana:
Organisasi : RM100 seorang (kumpulan 5 orang)
Individu : RM150
Pelajar : RM20

Yuran untuk Syarahan Perdana sahaja:
Individu : RM50
Pelajar : RM10


TENTATIF PROGRAM

9.00 – 10.30 pagi Perasmian oleh Tetamu Kehormat

Ucap Utama oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, UKM
Tajuk: Pengukuhan Pandangan Alam Islam Di Kalangan Masyarakat Islam Kini: Cabaran dan Harapan


11.00 – 1.00 ptg Sidang Pertama
Pembentang:
1. Dr. Mohd Zaidi Ismail, IKIM
Tajuk: Faham Ilmu Dalam Islam: Satu Pengenalan Ringkas

2. Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, UIAM
Tajuk: Makna dan Matlamat Agama dalam Islam


2.00 – 3.30 ptg Sidang Kedua
Pembentang:

1. Dr. Mohd Sani Badron, IKIM
Tajuk: Adab dan Ta’dib sebagai Asas Pendidikan Islam

2. Dr. Adi Setia Mohd Dom, UIAM
Tajuk: Islam dan Falsafah Sains



3.45 - 5.30 ptg Sidang Tiga
Pembentang:

1. Dr. Ahmad Bazli Shafie, UMT
Tajuk: Pandangan Islam terhadap Tradisi dan Kemodenan

2. Dr. Wan Azhar Wan Ahmad, IKIM
Tajuk: Islam dan Cabaran Sekularisasi dan Pembaratan



5.30 - 8.30 Rehat




9.00 – 11.00 mlm Syarahan Perdana ( Dalam Bahasa Inggeris/In English)

Oleh: Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas

Dipetik dari Web :Rausyanfikir

Monday, November 9, 2009

CABARAN BESAR BUAT PEMUDA PAS...


CABARAN BESAR BUAT PEMUDA PAS

Sebelum ini, aku sering bertanya kepada anak-anak muda yang aku temui di pelbagai tempat, apakah mereka mengenali tokoh-tokoh politik dari kalangan pemuda PAS? Menyedihkan, boleh dikatakan hampir semua tidak mengenali tokoh bernama Nasaruddin Tantawi, hatta bekas ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Itu sekadar pertemuan biasa yang apabila aku berjumpa dengan sebilangan anak muda, maka sengaja aku lontarkan soalan sebegitu. Ekoran itu, sebelum ini aku sering mengkritik pemuda agar melakukan perubahan dalam sudut mendekatkan dengan anak muda, seperti tidak bersifat menghentam program-program hiburan dan sebagainya, sebaliknya bersifat mencadangkan alternative demi meraih pengaruh anak muda kepada PAS.

Mungkin aku tidak mengulas lagi, bagaimana wujudnya sebilangan anak-anak muda yang menyebut PAS sebagai ’parti taliban’, dan yang paling sering kedengaran adalah ’parti surau dan masjid’ dan ’parti poyo’.

Aku secara peribadi pun, sudah mendapat maklumat dari beberapa kajian tentang penerimaan dan penolakan non-Muslim terhadap PAS, terutama selepas terwujudnya isu Kerajaan perpaduan dahulu. Perkara ini, telah aku nukilkan secara rambang dalam ruangan blog ini, tetapi dinafikan dan tidak mahu diambil serius oleh sebilangan kecil pembaca yang kononnnya sayangkan PAS.

Aku tidak memaksa mereka menerima tulisanku itu, kerana perkara yang wajib diimankan hanyalah al-Quran dan as-Sunnah sahaja. Pun begitu, padaku, PAS perlu melakukan satu tindakan yang bijak dan berhikmah dalam usaha hendak menarik pengaruh rakyat Malaysia untuk mereka menerima PAS dalam era Pakatan Rakyat ini, seterusnya PAS berjaya melaksanakan Islam yang menjadi dasar yang diperjuangkan oleh PAS sejak sekian lama.

Walaubagaimana pun, dalam seminar Khas yang dianjurkan oleh PAS baru-baru ini, memberikan satu ’getaran jiwa’ bagi pendokong-pendokong PAS, terutama pemuda. Ini kerana, data kajian yang dikemukakan oleh Dr Abu Hasan Hasbullah itu, menggambarkan betapa PAS terlalu kurang diterima oleh anak-anak muda.

Dr Abu Hasan Hasbullah menyebut, PAS disokong oleh golongan muda dari umur 21-30 adalah 63 orang, berbanding yang melawan PAS seramai 633 orang; umur 31-40 pula yang menyokong PAS adalah 181 orang, berbanding yang melawan PAS seramai 519 orang.

Tidak mengapa untuk menafikan data ini, tetapi jangan menyesal jika PAS kalah dalam PRU akan datang. Ataupun, jangan sekali-kali menyalahkan tuhan secara mutlak, dikala terbukti PAS kalah dalam mana-mana PRU.

Justeru, data yang dibentangkan oleh Dr Abu Hasan Hasbullah ini, sepatutnya menjadi satu peringatan bagi pemuda PAS agar bertindak lebih berhikmah dalam menarik minat anak muda kepada PAS.

Dalam keadaan sebegini pula, aku amat pelik apabila ada kenyataan sebilangan pemimpin PAS yang mahu melakukan kajian lain untuk memastikan kebenaran data Dr Abu Hasan Hasbullah tersebut. Apakah tujuan dilakukan kajian lain itu? apakah untuk menutup kelemahan?

Jika tidak berpuas hati dengan kajian Dr Abu Hasan Hasbullah, apa perlunya melakukan kajian lain, bagi memastikan kebenaran data Dr Abu Hasan tersebut? Bukankah itu, membanyakkan kerja? Bukankah lebih baik, kalau terus merancang dan wujudkan plan tindakan dalam usaha hendak menarik minat pengundi kepada PAS. Jika, mahu dilakukan kajian sekali lagi, dibimbangi sebuk dengan kajian itu, sehingga terlalai terus dari bertindak untuk menarik minat pengundi?

Selalunya, orang yang sibuk dengan satu kerja, mereka akan terlalai dengan kerja yang lain. Perkara ini sebenarnya wujud dalam budaya PAS.

Aku bimbang, kerana PRU hanya tinggal 2 tahun sahaja. Malah, mungkin tidak sampai 2 tahun lagi. Kalau tidak bertindak dari sekarang, kemungkinan besar, sejarah 2004 berulang kembali.

Jika kita menjengok sekejap sejarah kejatuhan PAS pada tahun 2004, kita dapat melihat isu negara Islam dan perlaksanaan hudud terbukti menjadikan PAS gagal mempertahankan pemerintahan di Terengganu. Ekoran itu, bekas Menteri besar Terengganu ketika itu berucap;

”Justeru itu, isu negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariah menjadi punca perpecahan BA dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan besar dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan negara Islam dan perlaksanaan hudud di peringkat federal. Peruntukan mengenai islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan seperti yang diamal kini di peringkat federal

”seandai menang dalam Pilihanraya akan datang, BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat federal atau pusat yang mendukung perlembagaan persekutuan yang ada” (buku Sejarah Sebagai hakim muktamad : 122)

Mungkin ketika itu, tidak ada mana-mana pakar atau ahli akademik pun yang menegur PAS atas kesilapan yang berlaku, menyebabkan PAS kalah teruk, seterusnya melahirkan ucapan sebegini.

Pun begitu, diharapkan ucapan yang beraliran sebegini tidak terpancul pula pada kali kedua, iaitu setelah kita tidak mahu mendengar luahan dan kajian yang telah diberikan oleh ahli akademik, ataupun kita ego dalam menerima kritikan orang bawahan atau orang luaran dalam mempertahankan kemenangan yang ada.

Padaku, sekarang bukan masanya untuk kita buat kajian kali kedua, bagi memastikan kebenaran data Dr Abu hasan hasbullah, sebaliknya, bermula dari sekarang PAS perlu merancang program-program mesra rakyat, disamping membina balik kepercayaan rakyat terhadap PAS demi melihat kemenangan PAS dalam PRU akan datang.

Sekian

Wallahu ’Alam

Sumber
Al-Bakitani


P/s : Dari satu sudut aku agak setuju dengan hasil kajian yang telah di buat Oleh Dr Abu hasan hasbullah di mana golongan muda mula menjauhkan diri@mungkin melawan PAS kembali. nah kenapa ini mesti belaku? Mungkin tidak ramai yang sedar dalam peringkat umur muda ini corak pemikiran mudah berubah. satu kajian di mana manusia boleh menukar keputusan hanya dalam 1 saat selepas memberi satu keputusan. Pemuda Pas kena ingat kita sekarang berada dalam zon Perang,yaitu peperangan pemikiran dan corak kepimpinan yang mesra. Pada aku pemuda pas perlu memikirkan sesuatu yang boleh menukar apa yang di namakan "Persepsi" di mana golongan muda meletakan Persepsi mereka dengan menyatakan Pas parti surau dan masjid’ dan ’parti poyo’. Dalam konteks bumi kenyalang negeri aku sendiri hiburan menjadi wadah utama golongan muda, agak suka untuk kita menghakis apa yang di namakan dengan "PERSEPSI" jika ia mula bertapak di satu sudut otak golongan muda yang melebelkan PAS sebagai Parti lebai.. Namun bagi aku agak dangkal kiranya hujah yang mengatakan Pas parti lebai ini kerana banyak golongan muda(terpelajar) n Profisonal mula menjinakkan diri dengan Pas. tapi satu cabaran untuk Pemuda pas dalam usaha menukar corak pemikiran golongan muda(bermasalah) yang bagi aku agak keras ketika umur remaja.. cuma cara dan pendekatan yang betul saja yang akan mampu memetik hati golongan muda ini untuk merapat atau menjinakkan diri dengan Pas. menghukum mereka bermasalah dan menjauhkan diri dari mereka bukan jalan yang bijak bagi aku. mungkin pemuda pas agak risau dengan pandangan masyarakat sekeliling bila mereka ber'kawan' dengan golongan muda yang bermasalah ini dengan melebelkan dia sebagai bermasalah juga. Pemuda kena peka dengan keadaan semasa perbezaan golongan muda yang terpelajar dan tidak mempunyai angka permisah yang besar. di mana pemuda yang bermasalah lebih ramai berbanding yang terperlajar. kenapa kita tidak mencari yang bermasalah untuk mendidik mereka??? kenapa kita masih dengan corak pemikiran pentarbiahan di kampus-kampus yang hanya menumpukan pada yang terpelajar??? adakah yang bermasalah ini tidak layak mendapat pentarbiah dari Pemuda Pas??? Pemuda kena ingat yang menjadi pengundi bukan hanya yang terperlajar..... undi golongan mudalah yang akan mencorak perubahan politik Malaysia pada PRU13 nnti.... Nah adakah Pemuda hanya masih mahu untuk berada dikalangan mereka sahaja??? buat lah perubah dari segi pendekatan. Dekati lah golongan muda yang bermasalah ini dengan berkawan dengan mereka anggap mereka sebahagian dari kita...insya Allah kalau sebelum itu kita yang mengikut rentak mereka satu hari mereka yang akan mengikut rentak kita...

Monday, November 2, 2009

Kuasa Berfikir.........Siapa Pula tukang Fikir???



"Telling the truth is always revolutionary"
– Antonio Gramsci (1891 – 1937)



Setiap tempat dan waktu punya cabarannya sendiri. Setiap zaman pasti berdepan dengan waktu – waktu sukar yang menuntut jalan keluar. Setiap masyarakat pasti dihadapkan dengan permasalah sosial rumit yang mendesak jawapan. Permasalahan itu boleh hadir dalam berbagai rupa – kemiskinan, kebuluran, penindasan, perlecehan, ketidakadilan – dan saat itu semua akan bertanya, mengapa hal ini terjadi? Bagaimana mengatasinya? Apakah pilihan yang ada? Dan yang acap diulang – soalan yang turut mendasari seluruh kajian ini – pada siapakah soalan ini ditujukan?


Pastinya akan ada satu kelompok daripada bahagian masyarakat itu yang mengunakan fikiran mereka untuk memahami masalah sosial tersebut, mencerakin, menghubungkannya dengan hal –hal lainnya lalu merumuskan pilihan – pilihan yang ada sebagai ramuan penawar kesakitan sosial itu.


Kelompok ini sering ada dalam kalangan masyarakat dan keberadaannya itu lebih jelas ketika wujud ketempangan sosial. Mereka ini yang disebut dengan pelbagai panggilan – cendekiawan, alim ulama, inteligensia, intelektual, pemimpin – sering melatari setiap evolusi mahu pun revolusi sosial dan politik. Namun kerap juga peranan intelektual ini tidak dihargai pada zamannya; Ibnu Khaldun menulis karyanya, Muqadimmah seawal kurun ke 16, namun minat antarabangsa terhadap karya besar ini hanya terselah pada abad ke 20. Begitu juga dengan Das Kapital menjadi besar berpengaruh bukan pada hayat Marx, malah dia sendiri tidak menjangkakannya.

Oleh sebab sifat intelektual yang mengilhamkan perubahan, kelompok ini sering berhadapan dengan tekanan autoriti kekuasaan yang cenderung mengekal dan mengukuhkan status quo mereka. Tekanan – tekanan ini membentuk set sikap intelektual terhadap kekuasaan dan cara mereka mendepani dan menanganinya.


(Syed Husein) Alatas dalam tulisannya yang penting dalam memahami intelektual di Malaysia telah membezakan dengan jelas antara inteligensia yang mempunyai kelulusan formal semata tetapi tidak dapat mencerap apatah lagi menganalisa persoalan di luar bidang pekerjaan mereka. Berbanding dengan intelektual yang mempunyai daya pemikiran tinggi dan kritis membahas persoalan masyarakat dan mempunyai kefahaman yang luas terhadap perkara di luar bidang mereka dan manpu mengaitkanya Alatas mengariskan enam ciri intelektual iaitu, mereka direkrut daripada latar pendidikan dan kelas yang berbeza, berada dalam kalangan pendukung atau penentang gerakan kebudayan dan politik, umumnya bukan buruh tetapi sebahagian besarnya menjadi penulis, dekan , penyair, wartawan dan sebagainya, sampai batas tertentu mereka menjauhkan diri daripada masyarakat, tidak hanya tertarik kepada hal yang teknis dan mempunyai perspektif yang meluas dalam bentuk hubungan yang menyeluruh, serta kebiasaanya mereka adalah kelompok kecil dalam masyarakat.


Dalam bidang pemikiran masyarakat, beliau selalu bertarung secara terbuka dalam media dan medan-medan lain melawan kejumudan atau apa yang beliau istilahkan sebagai ‘bebalisme’. Tugas memahami watak tertawan ini perlu bagi keperluan tesis kerana kolonial juga sebahagian daripada bentuk – bentuk kekuasaan yang harus dinilai hubungannya terhadap intelektual Alattas dalam bahasanya menyatakan:


“Kita menyaksikan gejala serupa dalam masyarakat membangun. Universiti didirikan tanpa semangat intelektual. Birokrasi diperkenalkan tanpa mengikuti tatacara yang tegas dan meluas akan asas-asas kenaikan pangkat kerana jasa, kecekapan dan sikap pelayanan terhadap masyarakat. Demokrasi berparlimen diperkenalkan tanpa semangat ketentuan yang bersih, pemilihan jujur dan rasa tanggungjawab sejati kepada prinsip-prinsipnya. Ilmu pengetahuan diperkenalkan, sebagaimana dikatakan Afghani, tanpa semangat menyelidik. Sifat proses pemodenan yang tidak lengkap, bahkan tanpa semangat, merupakan penyebab keterbelakangan masyarakat membangun. Tidak ada revolusi intelektual dan falsafah yang mendahului pemodenan dan proses pembangunan. Sebab dari semua ini adalah tiadanya sejumlah kaum revolusioner yang cukup besar.”


Mengikut sudut pandang Ali Shariati, golongan intelektual haruslah terdiri daripada mereka yang dapat membedah kondisi masyarakatnya lalu membangukan teori mereka sendiri berdasarkan keperluan tempatan. Bukannya mereka yang hanya bersandarkan kepada kefahaman teori yang disalin daripada Eropah kerana Eropah mempunyai pengalaman dan sejarah yang berbeza.


Intelektual juga harus mampu memahami punca masalah masyarakatnya, dengan cara sentiasa bersama – sama mereka. Kefahaman yang benar hanya akan terhasil apabila seorang pemikir itu hidup di tengah – tengah masyarakatnya (bukannya mengasingkan diri di universiti atau mana – mana institusi penyelidikan) dan berbahasa dengan bahasa masyarakatnya.


Intelektual yang berfungsi juga terdiri daripada mereka yang dapat melorongkan jalan keluar daripada polemik sosial yang dihadapi oleh masyarakat. Mereka juga mampu untuk menggerakkan massa untuk berubah baik melalui idea mahupun aksi. Tuntasnya, Shariati merumuskan intelektual adalah mereka yang dapat berbicara dalam bahasa yang persuasive kepada masyarakatnya dan mengilhamkan jalan – jalan menuju perubahan yang baik.


Intelektual bagi Shariati haruslah datang daripada kehendak dan keperluan masyarakatnya. Seorang yang ingin dinilai sebagai intelektual mesti mempunyai korpus pengetahuan yang luas dan jika mampu mendalam dalam setiap bidang. Bahan bacaan kuno hinggalah teori – teori kini daripada Timur hingga ke Barat mesti dicerap dan dihadamkan oleh para intelektual agar mereka dapat memperluaskan perspektif mereka dan tidak bersikap bias terhadap mana – mana pandangan. Intelektual bagi Shariati haruslah datang daripada kehendak dan keperluan masyarakatnya.


Edward W. Said mendefinisikan intelektual sebagai individu yang punya bakat untuk mengartikulasikan pandangan, sikap atau perspektifnya kepada awam. Edward W. Said banyak mengutip pandangan Antonio Gramsci – salah seorang idolanya – apabila memberi konseptual intelektual. Di dalam buku Gramsci yang berjudul Selections From Prison Notebooks (1978), Gramsci mengatakan "semua orang adalah intelektual, tapi tidak semua orang memiliki fungsi intelektual dan dalam setiap ranah pekerjaan pasti akan terbentuk pemikir dan pendobrak kekalutan massa."


"Each man … carries on some form of intellectual activity, that is, he is a ‘philosopher’, …he participates in a particular conception of the world, has a conscious line of moral conduct and therefore contributes to sustain a conception of the world or to modify it, that is, to bring into being new modes of thought… All men are intellectuals . . . but not all men have in society the function of intellectuals. Thus, because it can happen that everyone at some time fries a couple of eggs or sews up a tear in his jacket, we do not necessarily say that everyone is a cook or a tailor."

Oleh: Harisz (sumber: diskopi.wordpress.com

P/s Aku rasa dalam gerakan islam Seperti di malaysia PAS perlu melihat siapa yang patut menjadi tukang fikir dalam melakukan pengislah dalam mencorak politik Malaysia.. Zon peperangan pemikiran dan idea yang berlaku di dalam politik Malaysia mendesak rakyat peka melihat dari segala sudut apa yang di lontarkan oleh parti yang bertanding dalam menjamin kehendak mereka..maka di sini perlukan pemikir untuk melaksanakan tugas memikir.....
Gerakan Islam melibatkan diri dengan demokrasi, bukan bermakna ‘beriman’ dengannya, tetapi sekadar ‘memperalatkannya’ dalam usaha hendak menyampaikan Islam kepada masyarakat dengan cara yang lebih luas dan lebih berkesan. Lalu mari kita tanyakan, di mana letak duduknya para pemikir di Malaysia ini dalam menganjurkan transformasi politik, sosial, dan ekonomi???? Seorang pemimpin buka sekadar perlu bijak berpidato,berhujah dan berkarisma tapi juga perlu bijak dalam berfikir.. berfikirlah dengan mengunakan akal tapi awas kalau ada yang berfikir dengan nafsu kerana hanya untuk menang.....


Thursday, October 22, 2009

Bila Prof Aziz Bari Mula mencoret..........

CERDIK PANDAI MULA KRITIK PAS ?

Dr Abdul Aziz Bari sudah bersuara. Menerusi tulisan yang terpampang dalam Sinar Harian semalam, kritikan terbuka dilakukan. Tidak dinafikan, wujud kemarahan anggota parti terhadap beliau. Justeru, lahir dua tulisan kritikan balas dari dua tokoh dalam parti, Ketua Penerangan PAS Pusat, dan ketua Penerangan PAS selangor.

Sudah diketahui umum, Dr Abdul Aziz Bari merupakan pensyarah yang masih lagi berkhidmat di Universiti tempatan; yang agak berani mengeluarkan kenyataan tentang kebobrokan UMNO/BN dalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang berbanding dengan pensyarah-pensyarah Universiti yang lain. Disamping itu juga, kewujudan Dr Abu Hasan Hasbullah yang kebelakangan ini, nama beliau agak sering diperkatakan juga.

Perkataan Dr Abdul Aziz bari, bukan perkataan pemutus. Tetapi, tidak bermakna perkataan beliau itu adalah tidak benar sama sekali ataupun terus ditolak. Justeru, kritikan beliau tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana, kritikan beliau, bukan satu kritikan dari orang sembarangan, tetapi datang dari cerdik pandai; orang yang berkelulusan dan berpendidikan tinggi sehingga menjawat Profesor.

Meremehkan beliau sebagai orang yang hanya berada dalam hawa dingin, bukan merupakan hujjah dalam membalas kritikan beliau. Sebaliknya, berhujjah dengan segala kebijaksanaan merupakan tindakan yang patut dilakukan.

Membalas hujjah dengan menimbulkan perkara yang tidak ada kaitan dengan isu yang dibangkitkan, merupakan falasi dalam berhujjah. Perkara ini amat jelas dalam pengajian ilmu munazarah dan jidal.

Falasi digunakan, dikala tidak mempunyai kemampuan untuk berhujjah. Justeru, ia digunakan dikala untuk mengelak dari wujudnya pandangan terhadap kelemahan yang sedia wujud. Ekoran itu, falasi sering digunakan dalam propaganda dalam peperangan, juga dalam serangan politik.

Dari sudut pemikiran ilmiyyah, berhujjah dengan kaedah falasi, akan menampakkan kebodohan dari pihak yang berhujjah. Tetapi, dari sudut pandangan umum, ia sudah pasti dilihat sebagai satu kemenangan.

Perlu diingat, memang falasi digunakan dengan tujuan untuk menutup kelemahan, tetapi jangan sampai ia melahirkan mudharat yang lebih besar. Tindakan hendak me’falasi’kan isu kritikan terbuka Dr Abdul Aziz bari ini, dengan menukilkan kononnya Dr Abdul Aziz Bari mengambil kenyataan para blogger seperti mengambil pandangan ”tepi jalan”, dibimbangi melahirkan mudharat yang lebih besar.

Ini kerana, secara umumnya sudah mengetahui, malahan mengakuinya, bahawa kewujudan Blogger juga merupakan faktor penting dalam usaha menjatuhkan Barisan nasional di beberapa Negeri dalam Pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini. Justeru, dakwaan kononnya ”blogger” seperti berita dari ”tepi jalan”, ia seakan-akan sebaris dengan kenyataan pimpinan UMNO/BN sejurus kekalahan teruk mereka dalam PRU ke 12 baru-baru ini, disamping bimbang melahirkan serangan blogger terhadap PAS dalam menghadapi pilihanraya di masa mendatang.

Tidak dinafikan, wujud juga berita-berita tepi longkang dari para blogger, tetapi terus melebelkan secara umum para blogger sebagai pemberita tepi longkang, merupakan satu tindakan yang membimbangkan akan melahirkan mudharat lebih besar di masa akan datang. Adalah lebih baik, tidak digunakan kalimah ”tepi longkang”, tetapi gunalah kalimah lain, yang sama maksud dengan apa yang hendak diperkatakan.

Sayugianya, kritikan Dr Abdul Aziz Bari itu hendaklah dijawab dengan segala keilmiyahan yang ada. Bukannya, mewujudkan falasi. Apabila jawapan yang diberikan dengan segala keilmiyahan yang ada, sudah pasti segala kesan-kesan buruk yang dibimbangi ini tidak akan berlaku. Disamping, keraguan rakyat yang sering tertanya-tanya, akan mendapat kepuasan-hati.

Secara peribadi, aku amat bimbang apabila para cerdik pandai sudah mula mengkritik PAS. Ini kerana, sebelum kejatuhan BN pada PRU ke 12 baru-baru ini, kita dapat lihat bagaimana para peguam mengadakan demonstrasi menentang kepimpinan Pak Lah, para ilmuan-ilmuan bahasa menentang dasar pemerintahan Pak Lah dan banyak lagi.

Justeru, berhati-hatilah ketika sudah kedengaran kritikan dari para ilmuan terhadap PAS. kerana dibimbangi, ia adalah permulaan bagi kejatuhan PAS. jangan mendakwa bahawa mereka tidak berkepakaran dalam politik dan sebagainya, kerana dibimbangi mudharat yang menimpa. Perlu diingat, beliau juga salah seorang rakyat Malaysia yang sedang melihat pergolakan politik di Malaysia.

Beliau sedang melihat, bagaimana kebobrokan UMNO/BN. Beliau juga orang yang sedang membandingkan gandingan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Beliau juga menilai, parti manakah yang dilihat perkukuhkan Pakatan Rakyat, dan parti manakah yang dilihat seperti tidak ikhlas dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga melihat, parti manakah yang lembab, dan parti manakah yang cepat, cerdas dan cergas dalam mainan politik. Masakan beliau, malahan rakyat Malaysia secara umumnya sedang melihat ketiga-tiga parti yang wujud dalam pakatan Rakyat; PAS, PKR dan DAP. Dan secara umumnya, rakyat Malaysia bawahan sendiri sedang bercakap-cakap tentang kewujudakan kelembapan pada satu parti, dan kecerdasan pada parti yang lain dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Di petik dari AL-Bakistani
P/s - Aku tidak berniat hendak menyokong mana2 pihak. atas pertimbangan akal aku rasakan mungkin ada betul apa yang di coretkan oleh Al-bakistani di atas. cuba kita renung kata-kata bijakpandai. "Orang yang berjiwa kecil cepat naik marah kalau dirinya di kritik, tapi orang yang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu menganalisis serta menguji dirinya sendiri." aku petik kata-kata ketua Penerangan Pas Pusat, di mana beliau menyifatkan aziz hanya sebagai ahli akademik yang tidak sama dengan orang yang duduk di medan perjuangan. Ya dalam satu sudut memang benar kata beliau tapi harus di ingat bila cerdik pandai mengeluarkan satu kritikan dan di tambah status beliau masih lagi menjadi pensyarah,secara tidak langsung dapat mempengaruhi pemikiran golongan muda/mahasiswa/si. walau pun beliau tidak duduk di medan perjuangan namun tulisan beliau mampu memgubah corak politik sesebuah parti...kita kena lihat bagaimana para blogger berjaya merombak politik Malaysia dengan hanya menulis@melapor dan tidak pula turun di medan perjuangan pada PRK ke 12 yang mencetuskan Tsunami politik pada ketika itu..

-Syamsul Hj Mohamad-

Friday, October 9, 2009




Semalam aku meringankan langkah ku untuk datang di ceramah UMNO/BN yang di buat bergitu dekat dengan pusat ceramah Umum PR yang dihadiri oleh Tg Nik Abd Aziz dan Dato Seri Anwar Ibrahim. tindakkan aku pergi di ceramah UMNO bukan lah satu keinginan hati,tapi aku pergi atas dasar melihat isu atau fakta yang dimainkan penceramah BN yaitu Ahli Parlimen Seri Ganding...agak lama juga aku berada disitu mata dan telinga aku membantu aku mencari satu kepastian dalam setiap hujah yang di lontarkan oleh ahli Parlimen itu dan persekitarannya memanggil mata ku untuk membuat satu kepastian di mana perbezaan ketara yang aku dapat lihat di situ, yang hadir cuma sekelompok kecil manusia. Berbanding ceramah Umum yang di buat oleh PR di lokasi berdekataan yang mana selaut manusia dari berbagai bangsa turut datang Senario itu boleh aku gambar bagai pelawanan akhir bola sepak Piala Dunia.. aku rasa kalau Dasar 1 Malaysia itu di buat oleh PR ia lebih menyerlahkan lagi Dasar tersebut.. Cuma persoalannya sekarang mampukah Selaut manusia yang hadir di ceramah PR dapat merombak politik di Negeri Sembilan khasnya dan umumnya Politik Malaysia?????




Wednesday, September 2, 2009

Suara Malam......

BAGAIMANA MENANGANI
KOMUNIKASI & INTERAKSI
DALAM JAMAAH INI

Aku bukanlah pakar motivasi dan juga psikologi. Cuma ingatan aku menggamit aku pada satu artikel yang pernah aku terbaca seketika dulu. Ia bagi ku cukup molek jika aku kongsikan di laman ni.ia berkisar sekitar komunikasi dan interaksi harian kita . Agak menarik dan wajar kalau kongsi bersama .

Sebelumnya , Islam sendiri ada meletakkan formula atau prinsip umum berkait komunikasi dan interaksi agar kita dapat membentuk satu hubungan yang harmonis dan mencetus suasana damai .

Lebih - lebih lagi untuk hubungan kita sesama anggota Gerakan Islam dan antara kita sesama muslim yang lain . Contohnya firman Alah swt :

ادع إلى سبيل ربك بالحكمة و الموعظة الحسنة و جادلهم بالتي هي أحسن إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بالمهتدين

Serulah ( manusia ) agar kembali kepada Jalan Tuhanmu dengan hikmah ( bijaksana ) dan nasihat yang baik serta dialog/debat dengan mereka dalam suasana yang baik ( untuk tegak kebenaran ) . Sesungguhnya Tuhanmu , Dialah yang Maha Mengetahui perihal mereka yang tersasar ( sesat ) dari jalanNya dan Dialah jua Yang Maha Mengetahui siapa pula yang mendapat petunjuk .

Surah An Nahl . Ayat : 125

Petunjuk ayat :
Ayat ini telah meletak asas komunikasi dan interaksi dalam berdakwah mengajak manusia agar menerima risalah as samawi .

pertama : Bijaksana ( hikmah )
Kedua : Nasihat/tunjuk ajar yang baik ( Mauizah )
Ketiga : Dialog atau debat secara baik untuk mencari kebenaran dan keadilan ( mujadalah )

Firman Allah swt :

و عباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا إذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما

Hamba Allah ( ar Rahman ) ialah orang yang menjalani kehidupan di atas muka bumi secara merendah diri ( tidak sombong/angkuh ) dan apabila berkomunikasi dengan orang yang jahil mereka bercakap secara harmonis .

Surah al Furqan . Ayat : 63

Petunjuk Ayat :

Ini pula antara disiplin rabbani yang membentuk karektor kita sebagai insan yang layak mendapat rahmat Allah swt ialah :

Pertama : Merendah diri ( tidak angkuh/ego )
Kedua : Bercakap dengan baik ( sejahtera dan harmoni - tidak sinis dan menyakitkan )

Firman Allah swt :

الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنة أولئك الذين هداهم الله و أولئك هم أولوا الباب

( Antara sifat insan rabbani ialah ) orang - orang yang mendengar perkataan lalu ia ( hanya ) mengikut apa yang terbaik dan mereka adalah orang yang telah mendapat petunjuk Allah dan mereka adalah golongan intelektual .

Surah az Zumar . Ayat : 18

Petunjuk Ayat :

Sekali lagi Allah mendidik manusia agar tidak cepat menunjuk sikap menolak atau menidakkan orang lain sebaliknya dengar terlebih dahulu lantas buat pertimbangan untuk menerima apa yang baik sebagai tauladan sementara yang tidak baik diabaikan untuk menjadi sempadan . Sikap sedemikian disebut oleh Allah sebagai sifat para intelektual atau cendikiawan atau lebih jelas disebut sebagai orang yang memiliki aqal fikiran yang baik .

Kesilapan yang selalu berlaku dan perlu diberi perhatian .

Terkadang suasana harmonis dan damai ini sering tercabar dan tergugat angkara "lemah" atau "salah" komunikasi . Lebih malang dakwah dan mesej perjuangan kita juga turut terencat keberkesanannya lantaran komunikasi dan interaksi yang "rambang"

1 . [ Merasa diri hebat. ]

Samaada dalam kenyataan atau ucapan , kita sering dengar orang berkata " saya yang buat...." " saya yang beri ..." " saya lah yang mengasaskan....." " sayalah yang lakukan ...."

Mungkin secara umumnya , orang akan melihat ucapan seperti itu membawa kepada "ananiah" atau ke"aku"an dan ke"saya"an atau dengan maksud lain , hanya ana , hanya aku , hanya saya .....

Merasa diri hebat dan ditunjukkan pula dihadapan ramai adalah satu akhlak yang tidak baik malah sangat tidak disukai oleh orang lain . Sebagai ahli jamaah , kita sewajibnya mengelak dari menggunakan ayat - ayat sedemikian dalam komunikasi dan interaksi kita justeru kesannya amat buruk kepada hubungan ukhuwwah dan dakwah kita .

Sepatutnya kita [ merendah diri ]

Apa yang perlu ialah merendah diri walau kita hebat . Contohnya dari segi akademi kita "Phd" , jawatan kita "Ydp" , pengalaman kita "senior" , Penglibatan kita "veteran" , ilmu kita "ustaz" dan sebagainya adalah sekali - kali tidak salah jika kita merendah diri , malah kehebatan kita tidak terjejas hanya kerana kita merendah diri sebaliknya diri kita lebih dihargai .... tak percaya , tanyalah orang ramai ! tanyalah ahli ! bukalah al quran .... kita akan temui kebenarannya.

2. [ Merendahkan Orang Lain ]

" Awak telah silap.... " . " Awak apa Tahu.... " , " Kenapa awak buat begini .... " " Awak lupa ..."

Ayat sebegini pula mempunyai nilai merendahkan orang lain atau menafikan kebijaksanaan orang lain dan menonjolkan elemen negatif terhadap pihak lain seolah - olah kita menidak dan menghukumnya dalam perkataan kita .

Mungkin kita tidak bermaksud demikian , tetapi nilai komunikasi dan interaksi kita merosot dan persepsi terhadapnya negatif . Orang tidak suka kita menggunakan ayat seperti meng"hujum" atau menyerang mereka walau tidak bermaksud menyerang .

Justeru , kita boleh elakkan atau berhati - hati ketika menggunakan perkataan "awak" dan "kenapa" walaupun ia hanya sekadar ingin bertanya dan memohon penjelasan kerana ia seolah - olah mempersoalkan kebijasanaannya .

Biasanya orang guna "awak" dan "kenapa" dengan maksud di atas dalam debate untuk mematah hujjah lawan , ertinya ia tidak sesuai dalam komunikasi dan interaksi untuk membentuk suasana harmonis dan damai antara ahli - ahli jamaah Islam apatah lagi terhadap madu'u kita .

3. [ Panjang - panjangkan Perkara Remeh ]

Apabila kita bercakap sesuatu isu , tidak perlu kita babitkan perkara - perkara lain yang tidak ada sangkut paut dengan isu asal apalagi kalau ianya adalah perkara remeh temeh . Meskipun ia remeh , tetapi sikap kita memanjangkan perkara remeh akan merosakkan komunikasi dan interaksi kita sesama ahli Jamaah .

Termasuklah sikap suka bertengkar , bertekak atau bertegang urat dalam perkara yang tidak perlu semata - mata ingin menang pendapat , menang idea , menang pengaruh dan 1001 macam menang yang kita dambakan . Kenapa kita tidak beralah sesama kita .... ?

Inilah beberapa perkara yang saya mahu kongsikan dengan sahabat semua . Sedikit sebanyak saya juga mesti belajar bagaimana memperbaiki dan meningkatkan mutu komunikasi serta interaksi . May Allah Bless U..

The only educated men is the on who has learned how to learn.

Tuesday, August 25, 2009

Siri 5- Generasi Muda dan Perubahan



CIRI-CIRI PERUBAHAN ISLAM
Perubahan Islam mempunyai ciri-ciri aqidah dan akhlak yang berbeza dari aliran-aliran perubahan lain di dunia. Tidak pernah mereka yang telah menghirup dan mengecap Islam, kemudian enggan dan menolaknya, kerana Islam mempunyai keunggulannya yang tersendiri dalam konsep pemikiran, `manhaj' haraki dan `uslub' perubahan. Antara ciri-cirinya:

A)Perubahan Menyeluruh
Perubahan Islam bukan setakat perubahan suatu sudut dari sudut-sudut kehidupan manusia, baik di segi sosial, ekonomi, politik atau aqidah, tetapi dari segi tabiatnya. Islam itu adalah merupakan manhaj yang menyeluruh (kulli dan syamil). Ini menjadikan `perubahan Islam' itu unik dari segi manhaj dan uslub (method dan cara).
Oleh kerana itu perubahan Islam tidak mungkin tercapai dengan cara rekaan semata-mata. apalagi secara `irtijali' yakni tanpa program, dan tidak juga dengan cara ketenteraan untuk mendapatkan kuasa secepat kilat. Sebaliknya, perubahan Islam itu mestilah dengan mempersiapkan faktor-faktor dan sendi-sendi yang membolehkan terbangunnya masyarakat di atas asas-asas itu.

B)Perubahan aqidah (ideological)
Aqidah Islamiah menentukan tabiat dan manhaj perubahan. Maka garis yang membataskan polisi perubahan itu berkisar dan berpusat kepada dua tonggak asasi:
1)Betul tujuan/matlamat yang ingin dicapainya; betul dalam method atau manhaj perubahannya. Inilah yang menjadikannya menolak nilailkriteria perubahan secara parti, politik dan ketenteraan.
2)Betul wasilah dan terjamin tepatnya dari segi syara' serta bersesuaian dengan ruh Islam, sebagaimana terpeliharanya juga perubahan Islam itu dari melanggar kaedah-kaedah syara'.
Islam melihat perubahan itu bukan sahaja dari segi tujuan tetapi juga dari segi wasilah (jalan) bagi menegakkan perintah Allah dan melaksanakan hukumanNya. Apabila perubahan itu tidak mencapai tujuan, ianya boleh membawa akibat buruk kepada Islam itu sendiri.

C)Perubahan Berperikemanusiaan
Ertinya, ia tidak akan menuju kepada kebaikan dengan melalui jalan keburukan, dan menghirup kehinaan untuk sampai ke mercu kebahagiaan. Atau ia tidak membina bangunan di atas tengkorak dan darah.
Walaupun Tacashoft, seorang pemimpin agung Kominis telah memberikan amaran untuk menghapuskan semua orang-orang Rusia yang melewati usia duapuluh lima tahun kerana mereka tidak mahu mewakili pemikiran Marx, namun Islam menunjukkan sifat-sifat rahmat dan berperikemanusiaan dalam banyak peristiwa dan kejadian.
Pada hari pembukaan Mekah, Abu Bakar As-Siddiq ra. telah menemui bapanya yang mana pada masa itu masih lagi seorang musyrik dan dibawanya kepada Rasulullah saw. Tatkala Rasulullah saw melihat, beliau lalu berkata kepada Abu Bakar, "Kenapa tidak orang tua ini sahaja yang di rumahnya dan aku sendiri datang menemuinya." Berkata Abu Bakar: "Wahai Rasulullah, dia lebih patut menemui engkau dari engkau menemuinya." Maka Rasulullah pun duduk di hadapannya dan menyapu ke atas dadanya lalu berkata, Islamlah anda, maka beliau pun memeluk ugama Islam.
Di sini jelas bahawa perubahan Islam itu ada mempunyai ciri-ciri berperkemanusiaan; tabiatnya, berakhlak dan akidah Islamiah ialah wasilah serta matlamatnya.

PERUBAHAN DALAM KEFAHAMAN ALIRAN-ALIRAN LAIN

Kalau demikian kefahaman perubahan cara Islam, bagaimana pula `mafhum' perubahan aliran-aliran lain?

A) Dalam fahaman Kominis
Dalam fahaman Kominis, perubahan itu bertolak daripada hasad dengki golongan pekerja buruk dan prolitariat (golongan kelas bawah). Ia merupakan hembusan semangat dendam antara kelas-kelas di dalam masyarakat. Inilah apa yang diucapkan oleh Marx kepada golongan pekerja buruh, "Akan datang kepada kamu limabelas atau duapuluh atau limapuluh peperangan saudara di antara bangsabangsa untuk kamu menjadi golongan berkuasa dalam bidang politik."
Telah berkata Babun: "Sembelihkanlah golongan berkuasa dan elite serta jutawan."
Berkata pula Bordon: "Dunia mesti mengetahui bahawa tidak ada jalan lain bagi melawan golongan aristokrat (atasan) selain daripada menghapuskan mereka."
Puak Kominis, dalam kefahaman mereka tentang perubahan akan menggunakan segala cara dan jalan (wasilah) yang menyeleweng semata-mata untuk tercapainya sebuah masyarakat Kominis. Lenin pernah berkata, "Semestinya bagi para pejuang Kominis boleh menggunakan semua cara penipuan, tipu-helah dan penyesatan. Perjuangan demi untuk Kominisme boleh dengan apa cara sekalipun asalkan boleh menyebabkan tercapainya Kominisme. Mesti difahami bahawa Kominisme adalah suatu tujuan tertinggi dan dalam usaha mencapai tujuan tertinggi ini kadang-kala dituntut menggunakan j alan-j alan yang tidak suci. Oleh itu Kominisme memberkati semua cara yang bertentangan dengan akhlak selama cara itu menolong dan membantu tercapainya matlamat kita iaitu Kominisme."

B) Dalam fahaman Revolusi Perancis
Revolusi Perancis yang bertujuan menentang kezaliman sosial dan penguasaan politik diktator juga telah mengikuti jalan wasilah yang tidak mulia serta menyalahi slogan dan prinsip yang dilaungkannya.
Kata Mare, "Apakah kezaliman ini? Siapakah yang tidak sanggup menyaksikan aku memotong kepalakepala demi melepaskan manusia ramai?" Luther pula, yang menggesa untuk memadamkan revolusi berkata, "Siapa yang mampu hendaklah membunuh, mencekik, dan menyembelih dengan secara rahsia atau secara terang-terangan. Oleh itu, bunuhlah, cekiklah dan sembelihlah siapa saja dari para petani yang memberontak."

C) Dalam Protokol Zionis Yahudi
Kefahaman Perubahan dalam Zionisma pula ialah mengharuskan segala perbuatan kejam dan tindakan merosakkan demi membangunkan Kerajaan Yahudi.
Dalam Protokol (Zionis) Pertama, "Politik tidak sedikitpun bersesuaian dengan akhlak, dan pemerintah yang terikat dengan akhlak bukanlah politikus yang baik. Tujuan menghalalkan cara. Maka kita hendaklah meletakkan perencanaan kita tanpa menoleh apakah ia baik atau berakhlak, apa yang penting ialah sejauh mana kepentingan dan faedahnya."
Dalam Protokol Ketiga, "Kita perlu memerintah beberapa puak dengan mengeksploitasikan perasaan hasad dengan menyalakan permusuhan mereka dengan kesempitan hidup dan kemiskinan. Perasaan ini ialah wasilah kita yang membolehkan kita menyapu (menghapuskan) setiap mereka yang menyekat tujuan kita."

D)Dalam dunia Arab
Negara-negara Arab di dalam empat kurun lepas telah memperlihatkan usaha-usaha dan gerakangerakan perubahan, paling tidak ianya tidak berasaskan aqidah, tidak berasaskan akhlak dan tidak juga berperikemanusiaan.
Usaha-usaha dan gerakan itu lebih bersifat kepada Fatriotisme, Nasionalisme, Kepuakan, Sosialisme, Kominisme dan lain-lain yang dahagakan darah dengan pembunuhan atau mencabul kehormatan, dengan mencincang mayat dan segala bentuk balas dendam.
Aliran-aliran ini ialah aliran perubahan yang telah menyimpang dan menyeleweng. Ianya berkisar pada pembunuhan beramai-ramai yang mengerunkan, sedangkan umat dan dunia memerlukan kepada suatu manhaj perubahan yang menjamin kemantapan dan kestabilan, manhaj yang menghilangkan kepulan asap kecelakaan, kegelisahan dan ketakutan. Ini semua tidak mungkin didapati dalam perubahan I slam.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (al Baqarah: 183)

Tuesday, August 18, 2009

Siri 4 - GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN

ISLAM MANHAJ PERUBAHAN

Satu daripada ciri-ciri Islam ialah ianya bersifat "merubah". Ia menolak cara menempel atau memperbaiki. Ia tidak rela dengan penyelesaian separuh-separuh atau sesuku-sesuku, atau ia tidak ingin mengharuskan hidup bersama jahiliah.

Firman Allah swt:

"Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan jadilah agama itu bagi Allah kesemuanya " S. 2. 193

Manhaj Rasul adalah Perubahan

Manhaj Rasulullah saw. dalam menghadapi jahiliah adalah bersifat 'taghyir' (merubah). Tatkala orang orang Quraisy menemuinya untuk berkompromi supaya Rasulullah menyembah tuhan mereka selama sebulan dan sebagai balasan mereka akan menyembah Tuhan Muhammad pula selama sebulan yang lain, Al-Quran secara tegas menurunkan ayat:

"Katakanlah: `Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan sembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Kamu dengan agamamu, dan aku dengan agamaku. " S. 109. 1 - 6

"Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama itu) dan tetaplah sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: `Aku beriman kepada semua kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil antara kamu. Allahlah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepadaNyalah kita kembali." S. 42. 15

Kedudukan Umat Islam Mewajibkan Perubahan

Perubahan wajib sebagai suatu kemestian yang "dharuri" dilakukan oleh para pemuda Islam bagi menghadapi cabaran zaman, bagi menghadapi gelombang materialisme dan atheisme yang mengancam kewujudan Islam.

Pandangan yang mendalam tentang kedudukan Umat Islam di setiap tempat mengukuhkan lagi keperluan mempersiapkan pemuda Islam dengan persiapan yang mencukupi syarat untuk menunaikan tugas perubahan Islam yang dicita-citakan, malah ia menjadi suatu tanggungjawab ugama yang tidak seharusnya diabaikan atau dipermudah-mudahkan.

Falsafah Perubahan Islam

Perubahan Islam yang dicita-citakan itu bukanlah satu falsafah yang berbelit-belit sebagaimana yang difahami oleh setengah orang. Ia merupakan falsafah perubahan dalam Islam. Secara ringkas falsafah ini terungkap dalam kata-kata Rubi'e bin `Amir kepada Rustam, ketua angkatan bersenjata Farsi, apabila ditanya sebab kemaraan orang-orang Islam:

"Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia) dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas. Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutuskan dengan agama Allah kepada makhlukNya untuk menyeru mereka kepada Allah. Maka barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan mereka di tanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut seruan Allah dan dijanjikan."

P/S- siri seterusnya akan di post jika ada kelapangan masa dan waktu. ISLAM ITU MUDAH, KITA YANG MENJADIKAN IA RUMIT..

Sunday, August 16, 2009

Siri 3- GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN

KENAPA PEMUDA ISLAM ?

Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasiitu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berkehendakkan generasi Islam yang tulin.

Para pemuda yang bersifat Islam adalah suatu hal, dan para pemuda tanpa Islam adalah suatu hal yang lain dan tidak ada apa-apa selain dari itu. Para pemuda dengan Islam bererti pemberi, iaitu kebaikan dan pembinaan dan yang tanpa Islam ialah celaka dan bala'.

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar;

Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera;

Pemuda yang tiada punya akhlak, yang lebih dekat dengan binatang;

Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasakuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan;

Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;

Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.

KENAPA PERLUNYA PERSIAPAN PEMUDA ISLAM?

Ada beberapa gambaran yang berbeza di sekitar tugas seorang pemuda Islam dan matlamat dari persiapan mereka itu. Apakah matlamat utama dari persediaan pemuda Islam ini?

Adakah matlamatnya sekadar memelihara dirinya daripada kecundang oleh hawa nafsu dan dorongan-doróngan fitnah, atau setakat supaya dia menunaikan fardhu-fardhu wajib yang ditaklif oleh Allah dan meninggalkan segala larangan Allah? adakah itu sudah mencukupi?

Atau adalah matlamatnya untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan Islam yang cukup yang membolehkan mereka menulis dan bercakap sahaja?

Dan adakah matlamat persiapan seorang pemuda Islam bagi untuk menjalankan amal-amal kebajikan, memberikan makan kepada orang miskin, merawat orang sakit dan bersimpati dengan mereka yang menderita sahaja?

Atau adakah sekadar mempersiapkan pemuda Islam supaya boleh menjalankan dakwah Islamiah sekadar melepaskan batuk di tangga?

Atau menj adikan mereka itu berada dalam suatu suasana organisasi pemuda Islam dan cukup setakat itu tanpa mengira samada dia menjadi da'i atau penuntun semata-mata?

Pada hakikatnya kita tidak bebas untuk memilih matlamat-matlamat yang digariskan itu, pada maba dunia Islam berada di bawah pemerintahan sistem 'Taghut', dan Islam berada jauh dari memegang teraju pimpinan.

Sebenarnya, matlamat utama persiapan pemudapemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran, perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Amal seperti itu dan apa yang diperlukan olehnya, apa yang berhubung dengannya dan apa yang bercabang darinya atau apa yang dituntut olehnya dan juga tujuan terbesar dari persiapan seorang pemuda Islam tadi; perkara-perkara ini hendaklah dianggap penting oleh para pemuda Islam. Ini adalah wajib dari segi syara' dan ianya itu tidak akan gugur dari menjadi tanggungjawab mereka sehinggalah Kalimah Allah lebih tinggi, mengatasi kalimah-kalimah orang kafir.

Tujuan 'manhaj' (method) Islam ialah untuk mengembalikan 'ubudiyah' manusia kepada Allah dalam segala urusan hidup mereka. Dalam bidang akhlak dan urusan hidup, dalam bidang undang-undang dan pemikiran mereka. Ini bererti meruntuhkan asas-asas dan pusat-pusat yang menjadi tempat tegak dan berdirinya masyarakat jahiliah dan tamaddun materialisme. Di tempatnya pula ditanam asas-asas supaya tertegaknya sistem Islam.

Ini bermakna bahawa tugas dan peranan pemuda Islam ialah melakukan "Perubahan" dan bukannya menempel atau memperbaiki, dan inilah yang sewajibnya berlaku.

Tugas ini pada hakikatnya adalah tugas yang berat dan sukar tetapi ianya adalah tugas yang dituntut; dan tugas selain dari ini tidak mempunyai nilai. Malah tugas yang lain ini akan membawa bencana yang akan menangguhkan kemahuan para pemuda kepada perubahan, malah akan membawa kepada perjalanan seiring dengan realiti jahiliah yang ada dan cuba hidup bersamanya.

p/s: siri seterusnya akan menyusul kemudian. em... adakah generasi muda hari ini sudah sedia untuk melakukan pengislahan dalam diri,dari segala bentuk penjajahan yang di kirimkan oleh barat kepada kita? dari sudut pandangan ringkas aku generasi muda sekarang lebih senang dan bangga dengan budaya barat,entah apa yang hebat dengan budaya barat yang di sanjung generasi muda sekarang. Ayuh pemuda kita lakukan perubahan dan sebarang bentuk perubahan individu dan masyarakat mestilah dimulakan dengan pemahaman dan perubahan epistemologi, faham ilmu dan kebenaran dan juga pemahaman dan perubahan ontologi, faham wujud dan kehidupan.


Tuesday, August 11, 2009

GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN
Oleh : Ustaz Fathi Yakan
Siri 2.

Menurut Islam setiap manusia ada peranannya. Setiap peranan harus diberikan haknya, tanpa ada rasa sensitif, tanpa ada pertentangan. Mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah berikut :

1) Dirahmati Allah seorang yang mengenal batas dirinya dan dia melakukan apa yang sepatut dilakukannya.

2) Bukan dari kalangan kita mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani anakanak kecil.

3) Kebenaran itu diterima walaupun datangnya dari seorang anak kecil atau orang tua walaupun ianya kerabat jauh yang tidak disukai, sementara kebatilan itu ditolak walaupun datang dari anak kecil atau orang tua yang dekat lagi dikasihi.

Apabila skop tugas-tugas perubahan difokaskan kepada pemuda-pemuda maka ia adalah sesuai dan selaras dengan kemampuan dan tugas mereka. Manusia dalam setiap peringkat usianya dalam kehidupan mempunyai kebolehan-kebolehan dan kemampuan-kemampuan yang sesuai dengan tugastugas yang tertentu. Kadang-kadang mungkin tidak sesuai dengan semua tugas. Tugas pada masa usia kanak-kanak lain daripada tugas waktu usia muda pemuda, dan seterusnya lain pula dengan tugas dalam waktu usia dewasa dan hari-hari tua.

Allah swt. Berfirman :

"dikembalikan kepada umur yang paling lemah (lanjut), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. " S. 16. 70

KENAPA PEMUDA MENJADI OBJEK DI SINI ?

Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas. Iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.

Dari sini usia muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang khusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai demikian melalui sabdanya:

`Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua. masa sehat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati, dan masa kosong kamu sebelum sibuk.'

Umat manusia, dalam tabiat kejadian dan pembentukannya mempunyai masa terhad dalam usia yang mampu memberi sesuatu. Kemudian ia mula surut ke belakang (susut).

Firman Allah swt:

"Dan masa (kejadian dan kehancuran) itu, kami pergilirkan antara manusia. S. 3. 140

Dan benarlah sabda Rasulullah :

`Bahawa setiap amalan itu ada puncak kesungguhannya, setiap puncak kesungguhan itu ada surutnya, Maka sesiapa yang surutnya adalah pada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk, dan sesiapa yang surut kepada yang lain, bererti telah binasalah dia.

Dari sini penekanan adalah untuk mendapatkan faedah dari usia muda dan dari para pemuda dalam menunaikan tugas berat dan melintasi halanganhalangan serta menyahut cabaran yang diperlukan dan dituntut oleh perubahan tamaddun.

P/S, Siri seterusnya akan menyusul dalam mengupas topik GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN.